Tuesday, 6 September 2011

Penubuhan Sitkrumat Kemena

Persatuan Sitkrumat Kemena telah ditubuhkan pada 6 ogos 2011. Persatuan ini merupakan satu persatuan yang bernaung dibawah persatuan gergasi iaitu Sitkrumat Klang. Persatuan ini ditubuhkan di SMK Kemena, Bintulu, Sarawak dan merupakan  persatuan Muay pertama di bahagian Bintulu.Pengambilan ahli sulung Sitkrumat dibuat berdasarkan pemilihan ahli yang benar-benar komited dan mempunyai disiplin yang tinggi serta mempunyai kepercayaan yang teguh terhadap agama islam.

Persatuan Sitkrumat Kemena ditubuhkan bertujuan untuk melatih anak-anak muda memperkuatkan dan mendisiplinkan diri dalam usaha membela kesucian agama islam. Persatuan Sitkrumat Kemena diharapkan dapat menyatukan persaudaraan dan perpaduan sesama islam. Persatuan Sitkrumat Kemena menggabungkan seni mempertahan diri Muay Thai dengan ajaran agama Islam.

Persatuan ini akan terus berkembang menjadi sebuah persatuan yang mampu menyatukan rakyat Malaysia serta melindungi kesucian agama dan hak-hak istimewa orang melayu daripada dicabar.